PARLIMEN: Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya tidak boleh dibuat kerana populariti

PARLIMEN: Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya tidak boleh dibuat kerana populariti

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dibuat secara teratur dan tidak boleh berasaskan populariti.

Menegaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian empirikal sedang dijalankan, sekali gus memperlihat kesungguhan Kerajaan Madani dalam mengenal pasti model yang sesuai untuk Malaysia.

Beliau berkata, sebarang pindaan mesti dibuat berdasarkan proses yang teratur.

“Kerajaan beri komitmen dari segi masa, kita akan buat kajian emperikal dan kita bergerak sekali dengan Jawatankuasa Parlimen  yang dipimpin Ahli Parlimen Selayang, ada wakil pembangkang dan kerajaan supaya kita dapat dengar dan lihat negara yang wujudkan pemisahan.

“Memang kita boleh buat, tetapi bagi pihak kerajaan, kerajaan ada tanggungjawab dan kita tidak boleh buat hanya kerana ia dituntut sebagai populariti. 

“Bila kita bercakap tentang kajian emperikal itu adalah berdasarkan kajian yang dibuat, semuanya melibatkan pakar dari universiti antarabangsa dalam setiap negara yang dilawati,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Che Mohamad Zulkifly meminta kerajaan menjelaskan adakah pindaan Perkara 143 Perlembagaan Persekutuan membabitkan perkhidmatan anggota Suruhanjaya boleh dibuat memandangkan terdapat kes tertentu di mana 90 saksi telah dipanggil, namun dilepaskan kerana kuasa besar dipegang sesetengah pihak.

Mengulas lanjut, Azalina memberi contoh beberapa negara maju seperti Kanada dan Australia yang tidak membuat pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Mereka pun berikan alasan yang sama di mana perubahan itu memerlukan mereka melalui satu masa dan bukan mendadak hanya kerana kita dituntut.

“Di peringkat kerajaan, komitmen itu ada dan keputusan tersebut adalah di peringkat laporan interim  dan dasarnya kalau bersetuju, kita bawa ke Parlimen dan Ahli Parlimen mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka. Kita nak supaya semua faham apa sebenarnya objektif bila kita buat kajian emperikal,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya