https://www.utusan.com.my/?s=MOTAC

PARLIMEN: Operasi hotel bawah kuasa kerajaan negeri

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perkara berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman termasuk kawal selia tatacara operasi premis bukan di bawah bidang kuasa  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sebaliknya ia di bawah kendalian kerajaan negeri, sekali gus menjelaskan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yang memperuntukkan keperluan pendaftaran premis penginapan pelancong termasuk hotel tetapi kawal selia dan penguatkuasaan operasinya bukan di bawah kementerian itu.

Berikutan itu,  beliau berkata, MOTAC akan berbincang dengan kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kewajaran memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel ke dalam Akta 482.

“Selain itu, MOTAC akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menyelesaikan isu merangkumi pengambilan pekerja dalam sektor perhotelan bagi memastikan standard dan perkhidmatan premis penginapan pelancong sentiasa tinggi, terutama dalam melaksanakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2025,” katanya  di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) meminta kementerian menjelaskan sama ada kerajaan mengambil serius dengan memantau lebih dekat isu penetapan waktu daftar masuk dan keluar oleh pengusaha hotel.

Ia susulan rungutan kebimbangan orang awam mengenai ketidakadilan hotel tempatan yang sewenang-wenangnya mengubah waktu daftar masuk serta keluar hotel.

Sebelum ini, King Sing dilaporkan menggesa pengusaha hotel menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Katanya, penginapan 23 jam sehari adalah perkara biasa di luar negara dan tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan.

Kenyataan King Sing mendapat reaksi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang menjangkakan kadar penginapan di hotel dijangka meningkat jika kerajaan menetapkan dasar menginap sekurang-kurangnya 23 jam sehari. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya