Parlimen Malaysia antara terawal di dunia guna tenaga solar 

Parlimen Malaysia antara terawal di dunia guna tenaga solar 

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia adalah antara terawal di dunia menggunakan tenaga solar dalam operasinya sejak awal oktober lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, inisiatif menggunakan tenaga solar telah dilaksanakan awal bulan ini.

“Saya juga nak umumkan bahawa mulai 1 Oktober lalu, Parlimen ini sendiri, (sumber) tenaga digunakan adalah tenaga solar.

“Jadi, kita antara Parlimen terawal di dunia yang menggunakan sistem solar. Terima kasih kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Kewangan (MOF) atas inisiatif ini,” katanya ketika mencelah sesi jawab lisan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya