PARLIMEN: Lebih 30,000 peluang pekerjaan baharu dalam industri biojisim

PARLIMEN: Lebih 30,000 peluang pekerjaan baharu dalam industri biojisim

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JohrJoharhhALA LUMPUR: Industri biojisim akan dapat mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2030.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sektor tersebut akan dapat menyediakan sebanyak 33,000 peluang pekerjaan dengan menggunakan bahan buangan yang dihasilkan daripada aktiviti pertanian dan komoditi.

“Menjelang 2030, industri biojisim (juga) dijangka akan menjana ekonomi bernilai RM17 bilion dan pelaburan sebanyak RM7 bilion,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang memintanya untuk menyatakan inisiatif memanfaatkan biojisim daripada sektor agrokomoditi bagi mencipta peluang pekerjaan baharu kepada anak muda dan menggalakkan amalan ekonomi kitaran untuk mengelakkan bahan buangan berkenaan dibazirkan menjadi gas rumah hijau (GHG).

Mengulas lanjut, Johari berkata, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama agensi-agensinya secara konsisten melaksanakan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&R) dalam teknologi hijau.

Jelasnya, usaha tersebut bagi mengenalpasti bahan sisa sawit yang sebelum ini dianggap sebagai bahan buangan untuk diintegrasikan semula ke dalam nilai rantaian sejajar dengan konsep ekonomi kitaran.

“Sebagai contoh, kita mempunyai (beberapa bahan yang merupakan) sisa biojisim sawit yang boleh kita jana semula tenaga yang boleh dihasilkan dengan membakar barang-barang ini melalui pembakaran terkawal menggunakan dandang.

“Kemudian ia akan menghasilkan wap dan akhirnya wap itu kita boleh gunakan untuk (menggerakan) turbin untuk menjana tenaga elektrik yang boleh dimanfaatkan oleh kilang tersebut. Jadi apabila banyak kilang menggunakan bahan buangan daripada kelapa sawit ini, secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan elektrik,” jelasnya.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sudah mengadakan sebuah kilang untuk menghasilkan makanan haiwan daripada bahan buangan sawit.

Bagaimanapun katanya, masalah dihadapi adalah kilang tersebut terletak di kawasan yang jauh daripada industri menyebabkan harga tidak kompetitif jika dibandingkan makanan lain.

“Jadi sebab itu, mana-mana kerajaan negeri yang nak berkejasama dengan agensi-agensi ini, saya alukan dan secara peribadi terlibat sama tetapi sebelum kita letakkan apa sahaja pelaburan, saya nak nasihatkan kita mesti berbincang dengan pemain industri terlibat dahulu,” jelasnya. – UTUSANjjoo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya