PARLIMEN: Lantikan ahli lembaga pengarah GLIC,GLC dibuat ikut kelayakan

PARLIMEN: Lantikan ahli lembaga pengarah GLIC,GLC dibuat ikut kelayakan

JABATAN Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelantikan ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) dibuat berdasarkan kelayakan tanpa sebarang diskriminasi terhadap ahli politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap individu yang dilantik perlu melalui beberapa proses termasuk semakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Yang dilantik profesional apakah mereka pernah pegang jawatan politik itu bukan soal, siapa yang layak kita  tak diskriminasi orang politik atau bukan tapi syarat itu dan keutamaan sebahagian besar adalah golongan profesional. Melainkan beberapa bidang umpamanya institusi kewangan dan beberapa agensi terikat dengan kewangan itu tak diizinkan ahli politik  dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

“Itu memang tegas dan kita mendukung prinsip yang ditekankan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan  Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pada  sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Hassan mencadangkan ahli lembaga pengarah GLC dan GLIC dipilih daripada golongan profesional dari sektor swasta yang berintegriti dan tidak  lagi mengamalkan lantikan ahli politik atau pegawai kerajaan yang masih bertugas ataupun sudah bersara.

Anwar berkata, setiap GLIC dan GLC akan dipantau secara supaya tidak berlaku sebarang salah laku, malah turut  ada ‘kejutan’ supaya GLC dan GLIC terus diurus dengan baik.

“Mereka juga tahu bahawa mulai tahun depan Ketua Audit Negara akan masuk ini akan beri satu peringatan bahawa tak harus berlaku apa-apa masalah kecurangan dalam agensi berkenaan,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya