PARLIMEN: Kutipan Caj Jalan dijangka lebih RM100 juta  

PARLIMEN: Kutipan Caj Jalan dijangka lebih RM100 juta   

JABATAN Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan Caj Jalan (RC) bagi kenderaan Singapura yang merentasi Johor pada suku pertama tahun ini adalah RM87 juta dan kutipan itu dianggarkan melebihi RM100 juta tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kutipan itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan yang mana sebanyak RM5 dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Johor dari setiap RM20 yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

Malah, menteri turut menjelaskan yang pihaknya akan berunding dengan Kementerian Kewangan supaya peruntukan dari kutipan RC itu dikembalikan bagi tujuan pengangkutan awam di Johor.

“Sehingga September 2024, setiap hari dianggarkan sebanyak 89,818 perjalanan (trip) dilakukan oleh pelbagai kenderaan yang merentasi sempadan Johor-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“Untuk kategori kenderaan daripada Singapura pula, setakat September 2024, sejumlah 4,397,229 kenderaan memasuki kedua-dua pintu masuk Johor dan Singapura dengan kutipan RC sebanyak RM 87,944,580.00. Secara puratanya, 16,107 kenderaan  memasuki Malaysia dari Singapura setiap hari,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) tentang jumlah kenderaan yang merentas sempadan Johor-Singapura secara purata setiap hari mengikut pecahan jenis kenderaan (motokar, motosikal, bas dan lori) dan antara jumlah tersebut berapa jumlah kenderaan Singapura dan hasil kutipan RC dipungut.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya