PARLIMEN: Kurangkan import radioisotop tujuan perubatan

PARLIMEN: Kurangkan import radioisotop tujuan perubatan

CHANG Lih Kang ketika berbahas di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mahu mengurangkan kebergantungan import pelbagai jenis radioisotop sektor perubatan dengan memberi fokus kepada Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN 2030).

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, MOSTI telah membangunkan DTNN 2030 sebagai kerangka hala tuju strategik jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara untuk menyediakan ekosistem dalam penggunaan sains dan teknologi nuklear secara aman.

Kata beliau, nilai anggaran pendapatan daripada produk isotop yang dihasilkan menggunakan teknologi Reaktor TRIGA PUSPATI adalah sebanyak RM6 juta sejak 1982 yang melibatkan perkhidmatan dan kajian penyelidikan.

“MOSTI melalui Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan Kajian Teknikal Pelan Penggantian Reaktor TRIGA PUSPATI yang telah dimulakan pada 2022 hingga 2025 menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Dengan adanya reaktor penyelidikan nuklear baharu ini, MOSTI berhasrat mengurangkan kebergantungan import  terhadap pelbagai jenis radioisotop bagi tujuan perubatan, industri dan biosains. 

“Selain itu, ia mampu menyumbang kepada peningkatan pengetahuan saintifik dan inovasi berteknologi tinggi seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang mahu mengetahui apakah perancangan  kementerian untuk membina reaktor nuklear baharu dengan teknologi yang lebih baru dan canggih bagi menggantikan Reaktor Triga Puspati (RTP) yang sudah digunakan sejak 1982. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya