[PARLIMEN] KPM tubuh jawatankuasa khas tangani isu keciciran calon SPM

[PARLIMEN] KPM tubuh jawatankuasa khas tangani isu keciciran calon SPM

WONG Kah Woh pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan jawatankuasa tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) Sesi 2024/2025 bagi menangani isu keciciran pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut adalah sebahagian tindakan terkini KPM dalam merancang pelan intervensi dengan melaksanakan pemerkasaan terhadap program-program sedia ada.

Kata beliau, KPM mengenal pasti punca-punca ketidakhadiran calon peperiksaan tersebut dengan lebih terperinci agar intervensi yang berfokus dapat diambil.

Jelasnya, berdasarkan analisis, antara punca ketidakhadiran adalah kerana bekerja, berhenti sekolah, masalah keluarga, pindah sekolah, sakit dan lain-lain faktor.

“KPM turut mendayagunakan pentaksiran psikometrik bagi mengumpul maklumat gambaran tret psikologi dari segi aspek minda atau jiwa untuk membantu murid mengenali personaliti kendiri dan membuat keputusan berdasarkan kebolehan sendiri.

“Selain itu, melaksanakan Program Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM melalui inisiatif Program Minda Sihat Sekolah dan sebagainya,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) mengenai usaha KPM dalam mengenal pasti punca pelajar tidak hadir SPM dan usaha bagi memastikan golongan itu tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, KPM turut melaksanakan aktiviti berfokus seperti Ziarah Cakna, sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) serta Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).

Jelasnya, kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) turut dilakukan melalui Unit Pantau Madani dan Yayasan Hasanah dalam pelaksanaan Program Anak Kita: Semarak Potensi Malaysia.

“Kerjasama ini juga melibatkan Program Pecutan SPM 2024. Pelaksanaan program ini dijalankan secara berfokus dan melibatkan 16 buah negeri.

“Selain itu, melestarikan Sistem Pengesanan Lepasan SPM melalui Sistem e-Profil Kerjaya Murid yang digunakan untuk mengumpul data hala tuju murid selepas SPM bagi membantu pihak sekolah merancang program yang sesuai dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan belajar, mengembangkan potensi, kecenderungan, sikap, minat dan hala tuju kerjaya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya