Parlimen: KPKM akui beras putih tempatan kurang di pasaran

Parlimen: KPKM akui beras putih tempatan kurang di pasaran

ARTHUR Joseph Kurup semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengakui terdapat kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pihaknya tidak menafikan terdapat premis-premis runcit seperti kedai runcit dan pasar raya tidak memperoleh bekalan beras putih tempatan.

Menurut beliau, situasi itu perlu diberi perhatian agar rakyat di kawasan luar bandar mendapat akses kepada bekalan beras putih tempatan. 

“Dalam usaha untuk menangani isu keberadaan beras putih tempatan di pasaran, KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras antaranya pemantapan tatakelola melalui pengasingan kuasa melibatkan Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) dan wakil kerajaan dalam Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

“Selain itu, mewujudkan peraturan baharu larangan percampuran beras putih tempatan dengan beras putih import serta menggabungkan penguat kuasa di bawah KPKM bagi memperkukuh kawal selia sektor agromakanan.

“Selain itu, mereformasi pentadbiran Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS),” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) minta KPKM menyatakan sebab-sebab beras tempatan masih sukar untuk diperoleh di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya dan apakah usaha Kementerian bagi mengatasi permasalahan ini.

Di samping itu, beliau turut memaklumkan pendekatan yang diambil oleh KPKM dalam isu kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran yang melanda negara sejak 2023.

“Antaranya adalah mengedar beras putih tempatan melalui program jualan dan outlet di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta rantaian pasar raya terpilih.

“Bermula dari bulan Jun 2023 sehingga 19 September 2024, sebanyak 6 juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram telah diedarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan pemborong,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya