PARLIMEN: Klang tidak berisiko berlaku lubang benam 

PARLIMEN: Klang tidak berisiko berlaku lubang benam 

ALEXANDER Nanta Linggi semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Klang tidak berisiko berlaku insiden lubang benam ekoran kawasan geologi di kawasan tersebut tidak didasari batu kapur.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kawasan Klang terdiri daripada formasi gula yang merupakan enapan lautan berusia kuarternar terdiri daripada lempung lautan yang perlu diberi perhatian khusus dalam rekabentuk geoteknik.

Menurut beliau, risiko kejadian lubang benam (sinkhole) tidak timbul di kawasan Klang memandangkan kawasan ini tidak didasari oleh batu kapur.

“Oleh itu, potensi kejadian insiden tanah jerlus di kawasan Klang lazimnya adalah disebabkan oleh faktor bukan semulajadi seperti kebocoran paip utiliti, masalah sistem perparitan, kegagalan terhadap struktur tanah tambakan yang bersifat setempat dan sebagainya,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab Ganabatirau Veraman (PH-Klang) yang memintanya untuk menyatakan perancangan untuk membantu membendung insiden lubang benam di kawasan-kawasan berisiko tinggi khususnya di Klang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi mengelakkan kejadian tanah jerlus disebabkan oleh kebocoran paip utiliti, Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah mempunyai garis panduan prosedur pemasangan utiliti jalan Persekutuan.

Jelasnya, garis panduan itu untuk pemasangan utiliti didalam rizab jalan Persekutuan perlu mematuhi garis panduan dan keperluan teknikal yang telah disyaratkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pemantauan dan penyenggaraan secara berkala juga dibuat oleh syarikat konsesi yang dilantik oleh KKR bagi memastikan jalan dalam keadaan baik termasuk sistem perparitan. Standard Operating Procedure (SOP) termasuk melaporkan kerosakan sistem perparitan seterusnya tindakan pembaikan.

“Dalam masa yang sama KKR juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat utiliti yang berkaitan bagi memastikan keadaan jalan Persekutuan yang diselenggara oleh JKR selesa dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya