PARLIMEN: Ketegangan geopolitik beri kesan kedudukan inflasi negara - Hanifah

PARLIMEN: Ketegangan geopolitik beri kesan kedudukan inflasi negara – Hanifah

HANIFAH Hajar Taib semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik yang berterusan di peringkat global berpotensi memberi kesan terhadap kedudukan inflasi negara dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negarai Kasar (KDNK) pada 2025.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat inflasi.

Jelasnya, usaha jangka pendek yang telah dikenal pasti merangkumi program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Sara Hidup (SARA) yang akan diteruskan dengan peruntukan lebih tinggi pada 2025.

“Selain itu, inisiatif Payung Rahmah seperti jualan rahmah akan diperhebat dengan menawarkan barangan asas pada harga yang berpatutan dan meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi sektor awam serta Dasar Gaji Progresif dan peningkatan kadar gaji minima bagi pekerja sektor swasta,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) minta kementerian menyatakan perancangan kerajaan bagi memastikan inflasi kekal pada paras yang stabil apabila terdapat risiko kenaikan inflasi selari dengan pengembangan ekonomi dan ketegangan geopolitik yang berterusan dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang pesat dicapai oleh Kerajaan Madani.

Mengulas lanjut, Hanifah berkata, usaha memastikan kestabilan inflasi sesebuah negara turut memerlukan kerjasama sektor swasta.

“Justeru, kerajaan telah merangka beberapa inisiatif bagi memperkasa industri tempatan antaranya kerajaan melalui Khazanah Nasional akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion di bawah National Fund-of-Funds, sebagai dana modal teroka dan ekuiti persendirian bagi membantu syarikat mula niaga berdaya cipta.

“Di samping itu, sebanyak RM1 bilion lagi turut disediakan di bawah Program Mid-Tier sebagai pembiayaan dan sokongan bagi meningkatkan daya saing dan memacu pertumbuhan syarikat tempatan dalam sektor bernilai tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya