PARLIMEN: Kerajaan gubal RUU tangani sindiket scammer

PARLIMEN: Kerajaan gubal RUU tangani sindiket scammer

AZALINA Othman Said IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal satu rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah dalam talian untuk membanteras sindiket penipuan atau scammer di dalam negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, usaha tersebut selepas mengambil kira masa depan negara yang sedang menuju ke arah digital.

Kata beliau, scammer atau penipu tidak hanya melakukan jenayah telekomunikasi tetapi melakukan jenayah membabitkan e-kewangan, love scam, e-dagang dan pinjaman serta pelaburan yang tidak wujud.

“Sebab itu kepekaan sangat perlu bagi kita sebagai ahli Parlimen dan insya-Allah pada sesi ini kita akan wujudkan undang-undang jenayah dalam talian selepas Bajet (2025) supaya pelbagai perkara dapat kita bahas dan luluskan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkaitan sindiket scammer terutama terhadap penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai.

Dalam pada itu, Azalina menasihati pengguna yang berdepan situasi data perbankannya dicabuli oleh pihak ketiga untuk menghubungi talian 997 kendalian Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).

“(Situasi) Yang Berhormat nyatakan ini adalah data yang dipercayakan kepada pihak bank boleh diambil atau dicabuli pihak ketiga. Itu yang menjadi isunya.

“Saya tidak boleh jawab tetapi Menteri Kewangan II (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan), dia pakar bank. Saya pakar undang-undang. Namun, saya dimaklumkan Bank Negara Malaysia ada (talian) 997.

“Pertama, (apa yang) perlu dilakukan ialah menentukan duit itu tidak melayang. Katakan kita bangun jam 4.30 pagi, jam 4.35 pagi kena segera tekan (hubungi talian) 997 (untuk lapor situasi dialami mangsa),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya