PARLIMEN: Kenakan ‘cukai dosa’ kepada syarikat sokong Israel 

PARLIMEN: Kenakan ‘cukai dosa’ kepada syarikat sokong Israel 

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang mengenakan ‘cukai dosa’ kepada syarikat-syarikat yang didapati menyokong negara haram, Israel.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan seharusnya mengambil beberapa langkah terhadap syarikat-syarikat berkaitan.

“Kenakan ‘cukai dosa’ atau sin tax terhadap syarikat-syarikat yang kita lihat menyokong Israel, kita nak tutup tidak boleh tetapi sekurang-kurangnya kenaikan cukai tersebut.

“Kita tidak (mempunyai) peluru berpandu balistik tetapi sekurang-kurangnya kita kenakan itu sebagai isyarat,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hassan yang merupakan pemimpin Pakatan Harapan (PH)  berkata, beliau tidak bersetuju dengan penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

“Saya setuju dengan Putrajaya, iaitu soal saham MAHB (iaitu) Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang urus. Perdana Menteri, Pengerusi Khazanah, MAHB ini untung, jadi kalau boleh tidak perlu saham 30 peratusnya kita jual kepada GIP.

“GIP sekarang dikawal oleh BlackRock Inc (BlackRock), rakyat Palestin (dan) Lebanon disembelih. Jadi, saya minta pada Pengerusi Khazanah (yang) kebetulan Menteri Kewangan (serta) Perdana Menteri untuk kaji balik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya