PARLIMEN: Kebajikan Malbatt 850-11 jadi keutamaan

PARLIMEN: Kebajikan Malbatt 850-11 jadi keutamaan

ADLY Zahari semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan, aspek kebajikan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang berpangkalan di Lubnan sentiasa menjadi keutamaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, apa sahaja kecederaan atau risiko-risiko lebih besar sudah digariskan dalam menyediakan perkhidmatan negara dan sepanjang berkhidmat di Lubnan yang dikelola Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Kata beliau, kerajaan bukan sahaja menghargai Malbatt 850-11 daripada kewangan tetapi turut pengorbanan yang dilakukan pasukan tersebut sepanjang mereka berkhidmat.

“Perlu saya peringatkan juga, anggota ini dalam tempoh setahun mereka akan ada atur gerak penggiliran.

“Jadi, kalau kita lihat Malbatt 850-11 ini, tarikh tempohnya hingga 14 November ini, selepas itu bermula 6 November, kita akan atur gerak pasukan baharu,” katanya Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang memintanya menjelaskan mengenai apa yang bakal diperoleh pasukan Malbatt 850-11 sekiranya mereka gugur di Lubnan atau cedera parah.

Dalam pada itu, Adly berkata, keselamatan anggota-anggota Malbatt 850-11 perlu diambil kira dalam mengambil sebarang tindakan selain tanggungjawab negara dan kewangan.

“Kita tahu segala keputusan kita atau tanggungjawab atau aset-aset kita adalah di bawah kerjasama dan perbincangan dengan pihak UNIFIL.

“Saya tidak nafikan bahawa keperluan untuk kita tingatkan lagi kebolehupayaan operasi kita sentiasa dinilai dari masa ke semasa, berdasarkan perbincangan dengan pihak UNIFIL dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya