[Parlimen] KDN tetap guna Akta SOSMA siasat GISBH

[Parlimen] KDN tetap guna Akta SOSMA siasat GISBH

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL. IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengekalkan keputusannya dalam menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas pegawai GISBH.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kanak-kanak di rumah jagaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dihukum ketuk ketampi sebanyak 500 kali atas isu disiplin.

“Perkara sebegini kita mohon supaya pihak polis diberi kepercayaan untuk menjalankan siasatan, dan apabila siasatan itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), baru diputuskan.

“Oleh itu, kes ini terdapat elemen ia berlaku secara besar besaran, kemudian ia melibatkan jenayah yang dianggap serius, kemudian ia memberikan keuntungan dalam bentuk kewangan, kuasa dan pengaruh.

“Jadi, ia sangat sesuai untuk kita gunakan Akta Kanun Keseksaan atau 130V Kanun Keseksaan bagi membolehkan selepas tamat tempoh reman, kita menggunakan Akta Sosma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan isu berkaitan GISBH pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Kementerian Dalam Negeri berkaitan GISBH, di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, pemimpin Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan untuk tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam penyiasatan melibatkan Global Ikhwan Services Business Holdings (GISBH).

Ketua Whip pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihak kerajaan yang terlibat dalam menjalankan siasatan terhadap GISBH yang didakwa menyebarkan ajaran sesat perlu menggunakan akta-akta sedia ada.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Jumlah tahanan ramai membabitkan 415 ahli GISBH memaksa sebahagiannya ditahan mengikut Akta Sosma.

Jelasnya, penahanan itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan terhadap kes yang dianggap kompleks, memandangkan ia mengandungi beberapa elemen jenayah termasuk eksploitasi, pemerdagangan serta pengubahan wang haram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya