PARLIMEN: JAPAS diaktifkan semula pantau ajaran sesat 

PARLIMEN: JAPAS diaktifkan semula pantau ajaran sesat 

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengaktifkan semula Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS) bagi menangani isu akidah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kerajaan ini sedang 20 ajaran sesat termasuk 12 ajaran dijalankan risikan sekiranya berlaku kesesatan pengikut-pengikutnya.

“Kita sedang pantau secara dekat ada lapan ajaran di seluruh Malaysia secara komprehensif, selain itu ada 12 ajaran lagi yang kita membuat risikan dan siasatan.

“Pada 1 Oktober, kita telah mesyuarat bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melihat dari semua aspek iaitu pemulihan perkahwinan, bantuan zakat, pusat pemulihan dan modul.

“Jadi ini mempunyai satu kerangka yang baik untuk kita hadapi dan juga tangani isu-isu akidah di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang meminta kerajaan menyatakan hasil penguatkuasaan dilakukan pihak berkuasa agama negeri dalam usaha membanteras ajaran sesat dalam negara.

Tambah Zulkifli, Berdasarkan pemerhatian Jakim, Tarekat Aurad Muhammadiyah masih diamalkan oleh pengikut atas beberapa faktor. 

“Antaranya, amalan tarekat secara tersembunyi dan sukar dikesan serta pengaruh pemimpin Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad yang masih kuat dalam kalangan pengikut walaupun selepas fatwa dikeluarkan.

“Selain itu, pengamal juga dilihat meyakini manfaat-manfaat dan kekuatan ekonomi yang mungkin diperoleh daripada amalan tersebut berdasarkan ajaran-ajaran di dalam kumpulan tersebut.

“Faktor seperti pengaruh komuniti di kalangan kumpulan dan ketidakpastian dalam memahami fatwa juga mempengaruhi mereka. Oleh itu, pengajian yang didedahkan dalam kumpulan tersebut juga menyumbang kepada tarekat ini masih diamalkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya