Itu masalahnya bila kerajaan umum dulu fikir kemudian-Syed Saddiq

Itu masalahnya bila kerajaan umum dulu fikir kemudian-Syed Saddiq

SYED SADDIQ ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) membidas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang memaklumkan sepatutnya beliau sebagai bekas menteri termuda mengetahui proses penyediaan Belanjawan.

Katanya, rakyat kini sudah mula bimbang dengan butiran Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa sebarang perincian.

“Itu masalahnya bila kita umum dulu fikir kemudian, ini mendatangkan masalah kerana rakyat sudah dengar ucapan Perdana Menteri (yang juga Menteri Kewangan). Rakyat sudah tahu apa yang mereka bakal hilang, petrol, kalau satu rumah ada dua kereta sebab suami isteri bekerja, RM500 sebulan. Setahun sudah banyak hilang subsidi kesihatan, hilang subsidi pendidikan, nak pergi klinik pun takut, selepas Jun  tahun depan kos sara hidup menjadi lebih tinggi.

“Pengumuman itu dah buat tetapi dia kata tak apa. Mungkin Yang Berhormat guna cara sama, kita akan kejutkan rakyat, mungkin nak tunggu April atau Mei, kita nak kejutkan rakyat. Taktik tersebut lapuk dan jelas gagal,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 hari ini.

Semalam, Rafizi berkata, belanjawan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan jika setiap butiran perlu diperincikan sebelum dibentangkan.

Syed Saddiq berkata, kerajaan sepatutnya membuat pengkelasan kategori T15 secara lengkap sebelum membentangkan Belanjawan supaya syarikat dan peniaga kecil dapat bersedia lebih awal.

Katanya, langkah kerajaan itu hanya mengakibatkan ada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan tercicir daripada menerima subsidi sekali gus menimbulkan respon negatif daripada rakyat terhadap kerajaan.

“Sekarang dia nak guna taktik sama, taktik tersebut lapuk dan jelas gagal. Ingat pendaftaran Budi Madani, kerajaan kata tidak akan ada golongan tercicir, realitinya hari ini 50 peratus orang masih tidak berdaftar tercicir iaitu orang susah. Itu untuk diesel mungkin tidak ramai pakai, bayangkan RON95 (subsidi) kesihatan, pendidikan dan universiti, lagi ramai yang guna.

“Sebab itu dalam bab ini jangan guna taktik kita nak kejutkan rakyat pada akhirnya yang terkejut kamu kalau rakyat hukum kamu pada masa akan datang,” jelasnya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu, Anwar mengumumkan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15.

Ekoran itu, timbul reaksi daripada pelbagai pihak mengenai pengkelasan golongan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya