PARLIMEN: Hampir 67 peratus miskin tegar diselesaikan

PARLIMEN: Hampir 67 peratus miskin tegar diselesaikan

IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak 65.6 peratus kemiskinan tegar daripada 22,893 telah diselesaikan berdasarkan rekod yang didaftarkan sehingga 1 Ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut bagaimanapun tidak memenuhi keseluruhan jumlah tuntutan, sekali gus meminta semua kerajaan negeri termasuk Kelantan membuat pendaftaran baharu bagi menyelesaikan masalah miskin tegar.

Dalam hal ini, beliau berkata, ia memerlukan kerjasama antara jentera kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri membabitkan menteri besar, pegawai jajahan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil pendaftaran baharu serta menoktahkan kemiskinan secara keseluruhan.

“Apa yang diperoleh setakat 31 Januari 2023 adalah setiap ketua isi rumah termasuk kategori miskin tegar 126, 372 orang dan setakat 29 Julai 2024, yang dikesan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan e-kasih telah  diselesaikan. Angka ini bertambah oleh kerana kejayaan tersebut merupakan jumlah baru didaftarkan sehingga 29 Julai lalu.

“Pada 1 Ogos 2024 kita buka untuk permintaan baru termasuk  rekod lama yang perlu dibantu 22,893 orang, ia setakat julai tahun ini,” katanya dalam sesi  pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat,  hari ini.

Terdahulu, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini usaha kerajaan untuk menoktahkan miskin tegar.

Perdana Menteri turut tidak bersetuju dengan dakwaan Siti Zailah bahawa kerajaan gagal menamatkan kemiskinan tegar mengikut tempoh yang disasarkan.

Sebaliknya beliau berkata, jumlah isi rumah yang masih berada dalam kategori tersebut turut didorong daripada rekod sebelum ini iaitu ketika Perikatan Nasional (PN) mengetuai pentadbiran kerajaan.

“Janganlah kata gagal, jumlah ini (yang saya sebut tadi) adalah masa kerajaan yang disokong oleh Rantau Panjang, kita guna angka itu dan kita selesaikan. Kemudian saya rujuk kepada semua kerajaan-kerajaan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai mekanisme yang digunakan bagi menentukan kategori miskin tegar, Perdana Menteri menjelaskan ukuran yang digunakan adalah berdasarkan per kapita.

“Dulu kita ambil pendapatan, tetapi kita lihat ada kelemahan umpamanya kalau pendapatan RM2,000 tetapi empat isi rumah, jadi pendapatan sebenar RM500. Berbeza RM2,000 dengan lapan isi rumah, jadi pendapatan sebenar adalah RM250.

“Sebab itu ia diubah dari pendapatan kepada per kapita, saya rasa lebih tepat, tetapi ia perlu mengambil kira per kapita berapa orang anak dan tanggungan,” ujarnya.

Perdana Menteri dalam masa yang sama turut menjelaskan yang pihaknya tiada masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan keadaan itu berbeza dengan ahli Parlimen dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Kenapa perlu bekerjasama? Sebab ada peruntukan dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ada zakat dan sebagainya. Jadi kita gabungkan semua itu dan saya sebut tadi, pendekatan yang kita gunakan mengikut angka terkini. Sekian untuk tahun pertama dan saya yakin ini boleh selesai 

“Apakah ini memuaskan? Tidak. Sebab itu saya sendiri bangkitkan seperti Tanah Merah dan Jeli umpamanya yang tidak memenuhi kenyataan sebenar dan kita mohon kerjasama jentera kerajaan Persekutuan. Saya tiada masalah dengan kerajan negeri. Tidak seperti ahli Parlimen, mereka memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya untuk selesaikan masalah ini,” ujarnya lagi.

Pada 30 September yang lalu, Anwar mengumumkan kerajaan mengukur kemiskinan tegar dalam negara menggunakan konsep Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) sebagai asas mengenal pasti kumpulan sasar untuk pemberian bantuan.

Sebagai rekod, beliau sebelum ini mahu kemiskinan tegar diselesaikan pada akhir Julai lalu.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya