PARLIMEN:  Garis panduan isu buli bakal dikeluarkan

PARLIMEN:  Garis panduan isu buli bakal dikeluarkan

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja bagi Anggota kementerian itu untuk menangani isu tersebut di fasiliti perubatan kesihatan awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, garis panduan itu dikeluarkan menerusi Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

“Garis panduan ini bertujuan meningkatkan kesedaran petugas kesihatan berhubung isu buli di tempat kerja, menjelaskan prosedur pelaporan, langkah-langkah pencegahan dan intervensi terhadap individu serta organisasi.

“Ini bagi memelihara kesejahteraan fizikal dan mental anggota serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan harmoni, bebas daripada ancaman buli,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang memintanya menyatakan pelan kementerian untuk menoktahkan kes-kes buli di hospital dan klinik kerajaan.

Dzulkefly berkata, KKM sentiasa mengambil sikap tegas dan telus dengan melaporkan hasil siasatan selepas selesai dijalankan berdasarkan aduan kes-kes buli sebelum ini.

“Bagi memastikan isu buli mudah diadu dan ditangani secara telus, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Oktober 2022 telah melancarkan sistem aduan buli secara dalam talian iaitu sistem MyHELP

“Ia bagi membolehkan pegawai menyalurkan aduan mengenai insiden buli terus kepada Unit Integriti, Ibu Pejabat KKM tanpa perlu melalui penyelia atau ketua jabatan,’ katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya