[Parlimen] Gaji Progresif: 1,892 majikan buka akaun projek rintis 

[Parlimen] Gaji Progresif: 1,892 majikan buka akaun projek rintis 

ABDUL RAHMAN MOHAMAD/IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,892 majikan telah membuka akaun dan 776 majikan telah memohon untuk menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) melalui kriteria yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, bagi memastikan kemampanan DGP, penilaian projek rintis dibuat dengan mengambil kira perkara berkaitan dasar, ketersediaan sistem, buku panduan gaji dan panduan latihan. 

“Penilaian ini akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif DGP dan akan dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri pada November 2024 bagi mendapatkan hala tuju pelaksanaan menyeluruh dasar ini,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, antara isu dan cabaran pelaksanaan DGP adalah ketidakpastian pasca projek rintis dan kurangnya kefahaman majikan dan pekerja berhubung klasifikasi Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO).

“Selain itu, ketersediaan sistem portal pendaftaran DGP juga perlu ditambah baik bagi memudahkan navigasi pengguna selain didapati gaji peringkat permulaan dalam DGP tidak membezakan antara siswazah baharu dan pekerja yang bertukar syarikat.

“Seterusnya, pihak majikan berdepan dengan kekangan untuk menyediakan dana bagi menghantar pekerja menghadiri kursus bagi memenuhi keperluan kemahiran dan latihan dalam tempoh 21 jam mengikut rangka kerja DGP yang telah ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya