PARLIMEN: DBKL pertimbang bangunkan sistem terowong utiliti

PARLIMEN: DBKL pertimbang bangunkan sistem terowong utiliti

ZALEHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan sistem terowong utiliti atau Common Utility Cut (CUT) yang digunakan di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaleha Mustafa berkata, sistem terowong tersebut boleh menyediakan perlindungan kepada infrastruktur utiliti seperti kabel elektrik, paip air dan telekomunikasi daripada kerosakan semasa pembinaan.

Kata beliau, CUT juga membolehkan akses selamat untuk penyelenggaran selain boleh diintegrasikan dengan pusat kawalan bandar menggunakan teknologi telemetri bagi pemantauan keselamatan.

“Dengan mengguna pakai teknologi ini, DBKL sudah pasti dapat meningkatkan kecekapan dan keselamatan dalam penyelenggaraan utiliti bawah tanah, secara terancang dan menyeluruh, seiring dengan visi CHASE City untuk bandar yang selamat, sihat, dan Lestari,” katanya Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang bertanya  apakah rancangan kerajaan untuk menaik taraf dan menyelenggara utiliti di bawah tanah di ibu negara.

Mengulas lanjut, Dr. Zaleha berkata, penambahbaikan akan terus dilaksanakan bagi memperkasakan peranan DBKL dari semasa ke semasa.

“Saya telah mencadangkan kepada Datuk Bandar supaya DBKL mencontohi amalan terbaik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara maju yang memainkan peranan lebih besar dalam utility mapping atau pemetaan utiliti bawah tanah,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, DBKL hanya terlibat secara tidak langsung dalam mengawal selia kerja-kerja melibatkan utiliti bawah tanah terutama dari aspek pengeluaran permit korekan, pemantauan keselamatan dan memastikan kerja-kerja dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Katanya, tanggungjawab bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan utiliti bawah tanah seperti pembentungan, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di Kuala Lumpur terletak pada syarikat-syarikat yang memiliki aset tersebut.

“Buat masa ini, DBKL hanya mengeluarkan permit korekan di bawah undang-undang yang diperuntukkan melalui Akta 133 (Akta Jalan Parit dan Bangunan) dan Akta 333 (Akta Pengangkutan Jalan) yang memberi kuasa kepada PBT untuk mengawal selia kerja-kerja yang melibatkan jalan raya dan utiliti bawah tanah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya