Parlimen: Cadang gubal akta bolehkan pembangunan semula tanpa perlu persetujuan 100 peratus penduduk 

Parlimen: Cadang gubal akta bolehkan pembangunan semula tanpa perlu persetujuan 100 peratus penduduk 

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal undang-undang bagi membolehkan pembangunan semula kawasan bandar dilaksanakan tanpa memerlukan persetujuan sepenuhnya (100 peratus) penduduk terlibat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, cadangan penggubalan itu selari dengan negara-negara maju lain yang memiliki undang-undang khusus dalam menentukan hala tuju sebarang pembangunan semula kawasan bandar.

Sebagai contoh, jelasnya, di Singapura hanya memerlukan 80 peratus persetujuan daripada pemilik hartanah untuk kebenaran melaksanakan pembangunan semula bagi bangunan berusia lebih 10 tahun.

“Mengikut Akta 757 (Akta Pengurusan Strata), jika terdapat 1,000 penghuni rumah pangsa, 999 bersetuju  dan seorang bantah, maka projek tidak jalan dan ini kurang munasabah dan melanggar kepentingan awam. Jika bangunan tidak selamat diduduki, kita tidak mahu kejadian seperti Highland Towers berulang.

“Jadi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat kajian dengan amalan luar negara dengan membuat bandingan New Zealand sebanyak 75 peratus, Hong Kong (90 peratus), Australia (75 peratus), British Columbia dan Kanada (80 peratus) dan Singapura untuk bangunan kurang 10 tahun (90 peratus), lebih 10 tahun (80 peratus).

“Maka akta baharu ini cadangkan consent threshold (persetujuan ambang) tidak kurang daripada 80 peratus, maksudnya daripada 10 orang pemilik, kena dapat persetujuan sekurang-kurangnya lapan orang kerana projek itu boleh dirunding supaya pembaharuan bandar dijana dan dibangunkan,” katanya menjawab soalan tambahan dikemukakan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta kementerian menjelaskan kesesuaian keadaan jika terdapat individu membantah dalam sesebuah pembangunan yang ingin didirikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya