PARLIMEN: Apakah kerajaan cuba kikis peranan pembangkang? -Takiyuddin

PARLIMEN: Apakah kerajaan cuba kikis peranan pembangkang? -Takiyuddin

TAKIYUDDIN Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pembangkang mempersoal tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berada di Galeri Awam bagi mengikuti perbahasan Dewan Rakyat dalam tempoh penggantungannya selama enam bulan.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, menurut Aturan Mesyuarat perkara 44, seseorang ahli Dewan Rakyat yang digantung hanya tidak dibenarkan untuk berada dalam mesyuarat dan tidak menyebut untuk juga tidak dibenarkan berada di Galeri Awam.

Ia susulan tindakan Wan Ahmad Fayhsal pada 14 Oktober lalu menghadiri persidangan Dewan Rakyat, namun tidak duduk di tempat asal, sebaliknya mengambil kedudukan di Galeri Awam untuk mendengar perbahasan berkenaan. 

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 15 Oktober lalu telah mengeluarkan surat yang mana Wan Ahmad Fayhsal turut tidak dibenarkan berada di Galeri Awam mahupun di tempat pegawai bertugas, namun boleh berada di kompleks Parlimen bagi mengikuti perbahasan yang dipaparkan. 

“Berdasarkan kepada peraturan Mesyuarat 44 (5), seseorang ahli digantung hendaklah diarah keluar dari mesyuarat. Selepas itu dinyatakan 14 Oktober hari pertama persidangan, beliau (Machang) hadir ke Dewan tidak duduk di tempatnya, tetapi beliau mengambil tempat di Galeri Awam,  tempat orang kampung ceruk mana pun boleh duduk di sini.

“Tetapi Speaker mengatakan Machang digantung enam bulan, tidak boleh duduk dalam Galeri Awam. Bahagian apa boleh duduk di Galeri Awam? Boleh tanya ke di situ? Tidak boleh, apakah kerajaan menunjukkan satu lagi tindakan untuk mengikis peranan yang dimainkan pembangkang ini?” soalnya.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor yang mempengerusikan mesyuarat tersebut menjelaskan yang beliau tidak boleh melangkaui keputusan yang dibuat Speaker.

“Autoriti keputusan adalah Speaker dan saya tidak boleh over right melainkan di majlis ini mempunyai hierarki of court, saya masih surveillance kepada Speaker. Keputusan itu berpandukan perkara 44  dan keputusan itu juga berpandukan surat ini, dan saya tidak akan buat keputusan.

“Saya membenarkan untuk dibangkitkan semula bila dipengerusikan Speaker,” ujarnya.

Untuk rekod, Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan sehingga 18 Januari 2025, susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Usul berkenaan dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dengan menjelaskan Wan Ahmad Fayhsal membawa perhatian suatu surat layang yang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya.

Katanya, ia bukan saja memberi kesan buruk kepada individu yang didakwa tetapi juga secara umum kepada pegawai agensi di bawah kementerian, yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya