Shahidan tuduh Ahli Parlimen kerajaan makan gaji buta

Shahidan tuduh Ahli Parlimen kerajaan makan gaji buta

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang mengkritik Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu sehingga mengakibatkan persidangan Dewan Rakyat terhenti seketika. 

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, tindakan ahli parlimen berkenaan jelas menunjukkan BBC tidak berfungsi dengan baik sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

“Tanggungjawab BBC untuk memenuhkan korum pada sidang Dewan Rakyat, bukan tanggungjawab kami pembangkang.

“Mereka (BBC) tidak ambil tanggungjawab dan sering kali mereka kata kepada pembangkang makan gaji buta tapi sekarang mereka makan gaji buta sebab mereka dapat peruntukan RM3.8 juta setahun,” kataya dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada sidang media sama turut berkata, tindakan ahli Parlimen BBC yang tidak hadir ke Dewan Rakyat adalah  satu penghinaan kepada institusi Parlimen.

“Saya nampak trend ini semakin menjadi-jadi bila Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Tan Sri Johari Abdul) tidak berada dalam negara.

“Sepatutnya Ketua Whip di pihak kerajaan mengambil serius, malah orang macam saya yang digantung tidak dibenarkan berada dalam galeri Dewan, orang yang boleh berbahas tidak mahu hadir,” katanya.

BBC diketuai Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah.

Sidang Dewan Rakyat pada Isnin terhenti seketika apabila bilangan ahli Parlimen kerajaan tidak cukup korum semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar.

Penangguhan itu dibuat apabila Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13(1), selepas mendapati kehadiran ahli Parlimen tidak mencukupi sekurang-kurangnya 26 orang dalam Dewan.

Dewan Rakyat sedikit kecoh sebelum loceng dibunyikan apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun mencelah dan memaklumkan terdapat ahli Parlimen ke surau menunaikan solat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya