PARLIMEN: 97,866 peminjam Mara disenarai hitam

PARLIMEN: 97,866 peminjam Mara disenarai hitam

RUBIAH Wang semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 97,866 orang atau 49 peratus daripada 197,348 jumlah keseluruhan peminjam aktif Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah disenarai hitam, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, senarai hitam itu sebagai langkah pengukuhan kepada pembayaran-pembayaran pinjaman Mara.

Kata beliau, senarai hitam ini juga dikenakan kepada peminjam yang tidak mampu membayar (semula pinjaman) dalam tempoh tiga bulan.

“Selain itu, senarai hitam ini juga hanya terangkum dalam pengurusan Mara sahaja dan tidak melibatkan ekosistem lain. 

“Pada masa sama, proses permohonan pinjaman Mara oleh pelajar meskipun ibu bapa pelajar tersebut antara peminjam yang disenarai hitam, boleh dilaksanakan melalui rundingan,” katanya Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkenaan jumlah peminjam Mara yang telah disenarai hitam.

Mengulas lanjut, Rubiah berkata, setakat 23 September 2024, seramai 96,857 pelajar sedang menerima kemudahan tajaan pinjaman pelajaran Mara melibatkan 90,919 pelajar di dalam negara dan 5,938 pelajar di luar negara.

“Selain itu, berkenaan peratusan kutipan semula bayaran bagi pinjaman pelajaran Mara, kutipan pada 2023 adalah sebanyak 100 peratus berdasarkan sasaran yang ditetapkan.

“Bagi 2024, setakat suku ketiga, peratusan kutipan bagi pinjaman pelajaran telahpun mencapai 70 peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya