PARLIMEN: 96 peratus kanak-kanak hilang diselamatkan

PARLIMEN: 96 peratus kanak-kanak hilang diselamatkan

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96 peratus daripada 3,847 kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang dilaporkan hilang dari 2020 hingga September lepas diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, 96 dari 100 kanak-kanak yang hilang berjaya diselamatkan.

Menurut beliau, 10 kanak-kanak yang hilang meninggal dunia atau dijumpai mati manakala bakinya masih diklasifikasikan sebagai masih hilang.

Katanya, kerajaan mendapati anak perempuan paling ramai hilang iaitu 74 peratus dalam lingungan usia 13 tahun ke 15 tahun atau 54 peratus.

“Punca pertama (kehilangan) adalah umur remaja ini dia hendak cari kebebasan, dia ikut kawan, ikut kekasih dan salah faham dengan keluarga.

“Mengetahui punca-punca ini memberi peluang kepada PRDM D11, Jabatan Siasatan Jenayah untuk mitigate apakah usaha boleh kita buat. Usaha ini terbahagi kepada tiga, iaitu sebelum insiden hilang, setelah dilapor dan selepas,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) yang meminta menyatakan usaha-usaha dilaksanakan kementerian bagi menangani kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan semakin meningkat dan merekodkan sehingga dua kes sehari dari 2020 sehingga 2024.

Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tumpuan kepada program-program kesedaran terutama kepada kanak-kanak, wanita dan mengikut kumpulan umur.

“Untuk rekod, tahun ini sahaja kita buat 457 program kesedaran membabitkan 141,000 kanak-kanak. Kalau sudah berlaku insiden hilang, kita segera activate. Yang paling penting bila lapor hilang, yang pertama hebahkan seluas mungkin.

“Kita gunakan Nur Alert, kita masukkan dalam portal kanak-kanak hilang setelah kita minta izin ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dan kita luaskan pencarian.

“Bila kita jumpa, barulah kita profil kanak-kanak ini dan keluarganya. Selepas insiden kita temui, biasanya kita berikan sokongan terutama dari segi moral dan psikologi kepada keluarga yang terlibat,” jelasnya.

Beliau mengesyorkan ibu bapa membuat laporan segera sekiranya anak-anak mereka hilang tanpa menunggu tempoh 24 jam.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya