PARLIMEN: 7.6 juta pekerja bakal dapat manfaat skim perlindungan sosial baharu

PARLIMEN: 7.6 juta pekerja bakal dapat manfaat skim perlindungan sosial baharu

ABDUL Rahman Mohamad semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 7.6 juta pekerja khususnya rakyat Malaysia bakal mendapat perlindungan sosial 24 jam sehari  termasuk di luar waktu bekerja melalui skim perlindungan sosial baharu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang meneliti kerangka perlindungan sosial yang baharu tersebut.

Kata beliau, kerangka tersebut akan berupaya merapatkan jurang ketidaksaksamaan sekali gus memastikan tiada pekerja yang tercicir daripada manfaat perlindungan pada bila-bila  masa.

Selain itu, menurut beliau, Perkeso menyediakan Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan yang merupakan suatu bentuk insuran perlindungan sosial kepada orang berinsurans yang akan menikmati pelbagai faedah termasuk faedah perubatan dan faedah hilang upaya sementara.

“Skim ini turut menyediakan faedah perubatan, di mana orang berinsurans yang layak boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan secara percuma atausecara tuntutan bayaran ganti belanja berdasarkan kadar diluluskan oleh Perkeso.

“Ia tertakluk kepada Akta Fi 1951 di mana-mana klinik atau hospital kerajaan ataupun swasta yang berdaftar dengan Perkeso.

“Dengan kadar caruman yang rendah, pencarum layak mendapat faedah-faedah perubatan di bawah Akta yang secara langsung dapat membantu rakyat khususnya pencarum-pencarum dalam kalangan B40,” katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) yang memintanya untuk menyatakan bilakah skim insurans sosial komprehensif akan dilancarkan bagi melindungi pekerja berpendapatan rendah, memandangkan kos sara hidup meningkat mengurangkan kemampuan mereka mendapatkan insurans kesihatan mencukupi daripada pihak swasta.

Menjawab soalan tambahan, Abdul Rahman berkata, Kesuma setakat ini tidak mempunyai hasrat untuk melakukan sekatan berdasarkan kajian yang dilakukan.

“Mungkin seperti insurans (atau) peniaga-peniaga insurans ini, kebiasaan atas caruman insurans itu juga yang dibuat putran untuk membayar sebarang kemalangan berlaku. Itu kalau insurans tetapi insurans ini mahal, kita semua tahu.

“Kalau kita masuk RM1 juta (untuk) insurans nyawa, tidak silap saya (kita kena bayar) dalam RM5,000 sebulan tetapi ini hanya belasan ringgit (untuk) sebulan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa penambahbaikan caruman sudah dilaksanakan oleh Perkeso untuk menjamin kesejahteraan pekerja.

“Umpamanya kita menaikkan kadar khairat kematian atau faedah pengurusan jenazah daripada RM2,000 kepada RM3,000 dan di bawah skim ini termasuk Skim Bencana Pekerjaan iaitu seperti pencen keilatan dan bencana domestik.

“Siling caruman juga daripada RM5,000, dinaikkan kepada RM6,000 tetapi walau bagaimanapun kita tetap maksimum kepada pencen keilatan ini sebanyak RM3,217.50 dan minimum adalah RM550 kalau dahulu kita tidak sampai tahap itu,” katanya.

Tambahnya, setiap lima tahun Kesuma akan melaksanakan kajian bagi menambah baik skim caruman pekerja.

“Kalau dahulu pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan sebanyak RM1,050, kita hanya mencarum RM13 (ke) RM10. Sehinggalah kepada RM3,950, carumannya hanya RM49.40 secara bulanan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya