PARLIMEN: 427 kes ketirisan data setakat September 2024 

PARLIMEN: 427 kes ketirisan data setakat September 2024 

GOBIND SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 427 kes ketirisan data dilaporkan kepada Kementerian Digital sehingga September tahun ini berbanding hanya 50 kes dilaporkan pada 2022 dan  646 kes tahun lalu.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, isu ketirisan data memberi kesan serius terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

“Ketirisan data boleh menyebabkan pendedahan maklumat sensitif seperti butiran peribadi rakyat, maklumat rahsia kerajaan dan maklumat keselamatan yang boleh dimanipulasi oleh pelaku ancaman atau penggodam.

“Hal ini juga boleh membuka ruang kepada ancaman siber seperti risiko pengintipan, serangan penggodaman dan penyalahgunaan data yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat semalam.

Gobind berkata, antara implikasi ketirisan data lain adalah pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menggunakan data terdedah melakukan jenayah siber seperti pencurian identiti dan serangan terhadap infrastruktur kritikal negara.

“Tambaha, ketirisan data berpotensi merugikan ekonomi negara dan mencipta suasana ketidakstabilan. Oleh itu, langkah proaktif sentiasa diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kebocoran data dan memastikan keselamatan maklumat negara terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa langkah pemantauan dan pengesanan ancaman siber bagi mengekang insiden data sektor kerajaan didagangkan dalam dark web juga telah dilaksanakan oleh kementerian.

“Antaranya adalah menubuhkan pusat pemantauan yang aktif bagi mengawasi kegiatan mencurigakan di dark web, dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan dan Teknologi Pre-Emptif, CyberSecurity Malaysia.

“Selain itu, menjalankan analisis data dan mengumpul maklumat mengenai kebocoran data yang membabitkan kementerian dan agensi kerajaan selain menyediakan garis panduan dan latihan kepada kakitangan kerajaan mengenai isu keselamatan siber serta langkah pencegahan kebocoran data.

“Pada masa sama, bekerjasama dengan agensi lain dan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi memastikan tindakan segera dapat diambil terhadap sebarang insiden kebocoran data,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya