[Parlimen] 3,282 cerun dikenalpasti berisiko tinggi runtuh - KKR

[Parlimen] 3,282 cerun dikenal pasti berisiko tinggi runtuh – KKR

AHMAD MASLAN/IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,722 bilangan cerun telah diinventori melibatkan 1,577 bilangan cerun mempunyai tahap Risiko yang ‘Sangat Tinggi’ dan 1,706 bilangan lagi mempunyai tahap Risiko yang ‘Tinggi’.

Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu berdasarkan pengumpulan data dan menghasilkan Peta Bahaya dan Risiko Cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia untuk mengenalpasti cerun-cerun yang mempunyai risiko kebarangkalian yang tinggi untuk runtuh. 

“Bagi 2024, KKR telah melaksanakan lapan bilangan kerja Pencegahan Cerun Runtuh (Preventive) dengan kos sebanyak RM17.725 juta manakala 147 bilangan kerja Pembaikan (Corrective) dengan kos sebanyak RM158.81 juta.

“Selain itu, KKR bersama Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah membuat persediaan menghadapi bencana dengan mengenalpasti cerun yang berpotensi runtuh melalui Peta Bahaya dan Risiko Cerun bersama dengan Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh (EWS – Early Warning System).

“Pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR akan memberikan amaran awal kepada JKR Daerah dan JKR Negeri berdasarkan data hujan yang diperoleh daripada Sistem Amaran Awal dan data pergerakan cerun yang dipasang pada cerun-cerun yang berisiko,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan berkata, JKR Daerah dan JKR Negeri akan melaksanakan kerja-kerja rondaan, pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan tanda-tanda awal kejadian cerun runtuh di kawasan yang berisiko tinggi.

“KKR bersiap siaga menghadapi bencana cerun runtuh dengan menggariskan tindakan awal yang akan dilaksanakan apabila berlaku insiden seperti pembersihan laluan dan pengalihan debris (sisa runtuhan tanah), pelan pengurusan trafik, penyediaan jalan lencongan atau alternatif sementara serta perlindungan cerun yang telah runtuh dengan tarpaulin plastic sheet bagi membendung runtuhan susulan sekiranya berlaku sebelum kerja pembaikan semula atau pemulihan cerun secara kekal dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya