PARLIMEN: 13.8 juta liter diesel bersubsidi lebih RM31 juta dirampas

PARLIMEN: 13.8 juta liter diesel bersubsidi lebih RM31 juta dirampas

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13.8 juta liter diesel bersubsidi dengan nilai anggaran melebihi RM31 juta dirampas menerusi Op Tiris 3.0 dalam tempoh Januari hingga 19 Oktober lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sebanyak 30,634 pemeriksaan dilakukan dan menghasilkan 1,561 kes melibatkan penyelewengan diesel diperoleh menerusi Op Tiris 3.0.

“Statistik keseluruhan meliputi serahan kes membabitkan agensi penguatkuasaan lain merekodkan jumlah rampasan diesel bersubsidi sebanyak 13.8 juta liter yang dianggarkan bernilai lebih RM31 juta.

“Selain itu, setakat Januari hingga Oktober 2024, kementerian membuka enam kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“KPDN juga melaksanakan pembatalan dan penggantungan lesen barang kawalan berjadual melibatkan penjualan diesel pada peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.

“Pada tahun 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil tindakan kepada tiga syarikat kerana pelbagai kesalahan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Roy Angau anak Gingkoi (GPS-Lubok Antu) mengenai tindakan tegas bagi membanteras penyelewengan diesel subsidi terutama di negeri yang bersempadan dengan negara jiran seperti Sarawak.

Menurut Armizan, penguatkuasaan di kawasan sempadan membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), JKDM, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), JPJ dan Kementerian Kesihatan (KKM) 

“Namun, bermula 20 Januari 2024, KPDN telah menempatkan pegawai penguat kuasa secara pentadbiran di lapan pintu masuk.

“Pada masa sama, penguatkuasaan dan pemantauan ketat Permit Barang Kawalan Berjadual juga salah satu cara mengekang aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya