PARLIMEN: 1.9 juta pelajar tebus Baucar Buku Madani dalam talian

PARLIMEN: 1.9 juta pelajar tebus Baucar Buku Madani dalam talian

IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 1,915,110 murid tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pendidikan lain di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menebus baucar buku daripada jumlah keseluruhan 3,558,024 orang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, KPM menyasarkan penebusan dan transaksi pembelian penuh dilakukan sehingga 31 Disember ini.

Kata beliau, seramai 1,915,110  murid dan pelajar lepasan menengah seluruh negara telah membuat penebusan Baucar Buku Madani sehingga semalam.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 661,487 ialah murid tahap dua sekolah rendah manakala seramai 1,191,817 merupakan murid sekolah menengah.

“Bagi Kolej Vokasional, Pra-Universiti, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) pula berjumlah 61,806 pelajar.

“Jumlah nilai Baucar Buku Madani yang telah pun ditebus oleh golongan ini sehingga 21 Oktober 2024 adalah berjumlah RM157 juta.

“Daripada penebusan ini, ia menghasilkan nilai pembelian keseluruhan sebanyak RM120.5 juta melibatkan 3.9 juta naskhah buku,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) yang meminta menyatakan status terkini pemberian baucar buku seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berapa jumlah peruntukan yang disediakan.

Menurut Kah Woh, KPM mengambil iktibar dan perhatian berkaitan isu  ketirisan dalam pelaksanaan baucar buku.

“Oleh sebab itu, dari hari pertama pemberian baucar buku ini dilaksanakan selepas pengumuman Perdana Menteri, KPM telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan pemberiannya secara dalam talian 100 peratus.

“Pemberian baucar buku ini dilaksanakan secara e-baucar buku dan ia boleh ditebus melalui satu aplikasi kouta buku digital.

“Murid-murid perlu mendaftar aplikasi tersebut dan selepas itu buat penebusan secara online dan selepas itu pembelian juga dibuat secara dalam talian. 

“KPM dan kouta buku digital menyediakan vendor-vendor atau pembekal yang berdaftar dan dijual secara online dan mengirim buku secara pos kepada murid atau pelajar,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya