Pangkalan haram di Pasir Mas, Tumpat jadi laluan 'hotspot' seludup dadah

Pangkalan haram di Pasir Mas, Tumpat jadi laluan ‘hotspot’ seludup dadah

KHAW Kok Chin bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pangkalan haram yang terdapat di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di daerah Pasir Mas dan Tumpat dikenal pasti menjadi laluan ‘hotspot’ kepada aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman,  Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, sehubungan dengan itu pihaknya dan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan memberi fokus kepada perkara tersebut dalam membendung kegiatan penyeludupan dadah.

“Setakat ini terdapat 172 pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok melibatkan empat daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli.

“Bagaimanapun, jumlah pangkalan haram itu tidak menentu dan sentiasa berubah setiap hari mengikut keadaan semasa di kawasan sempadan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Kok Chin memberitahu, polis akan terus melipatkan gandakan kawalan di sempadan dalam usaha membendung penyeludupan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya