Padi Kedah, Perlis tenggelam tapi kerajaan jamin beras cukup - Mat Sabu

Padi Kedah, Perlis tenggelam tapi kerajaan jamin beras cukup – Mat Sabu

MOHAMMAD Sabu memotong pita perasmian Gerai Buah Segar Jermanpine di Kampung Parit Jerman, di Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan, bekalan beras putih negara mencukupi, walaupun kira-kira 6,000 hektar jelapang padi di Kedah dan Perlis ditenggelami banjir, bulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada tahun 2021 dan 2022 berlaku kemarau panjang di Kelantan yang menjejaskan jelapang padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ( Kada ).

Bagaimanapun, menurut beliau, kementerian mempunyai kaedah bagi memastikan ia mencukupi dan tidak menjejaskan rakyat.

“Tahun ini berlaku banjir lebih awal iaitu bulan lalu, ketika padi menguning di Kedah menyebabkan petani tidak sempat menuai tetapi Insya-Allah bekalan beras mencukupi kerana India menawarkan tambahan import beras sebanyak 200,000 tan begitu juga Pakistan menawarkan beras putih untuk diimport Malaysia,” kata beliau selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Agro Pelancongan di Kampung Parit Jerman dan perasmian Gerai Buah Segar Jermanpine , disini, hari ini.

Kata beliau, Malaysia turut mengimport beras dari Thailand dan Vietnam yang sentiasa dapat memenuhi permintaan beras bagi negara ini.

Pada 30 September lalu, banjir yang melanda kawasan jelapang padi seluas kira-kira 6,000 hektar di Kedah dan Perlis dilaporkan menyebabkan kerugian dianggarkan mencecah RM40 juta kepada pesawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya