Operasi Paya Indah Wetlands diuruskan Gamuda Land hingga 2037

Operasi Paya Indah Wetlands diuruskan Gamuda Land sehingga 2037

NIK Nazmi Nik Ahmad (empat kiri) dan Amirudin Shari (tiga kanan) bergambar bersama selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Operasi Dan Pengurusan Tanah Rizab Paya Indah Wetlands di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Paya Indah Wetlands (PIW) di Kuala Langat, Selangor akan diuruskan oleh pemaju hartanah, Gamuda Land melalui anak syarikatnya, Discovery Wetland Sdn. Bhd. bagi aspek pengurusan dan operasi tanah rizab seluas 450.7 hektar itu sehingga 31 Julai 2037.

Ia hasil pemeteraian rasmi perjanjian tiga pihak yang ditandatangani antara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kerajaan Selangor dengan syarikat tersebut disaksikan Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

PIW dimiliki kerajaan negeri berkenaan yang sebelum ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sejak 25 tahun lepas yang diwartakan sebagai tapak perlindungan tanah lembab di bawah Kanun Tanah Negara pada 17 Februari 1998.

Bercakap pada sidang akhbar, Nik Nazmi namun berkata, PIW kekal dimiliki kerajaan negeri manakala pihak Perhilitan pula memberi fokus program konservasi hidupan liar.

“Satu jawatankuasa bersama yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhilitan akan dibentuk bagi memantau pelaksanaan dan pematuhan kerjasama strategik ini,” katanya.

Usahama itu ujarnya, menjadi model antara Kerajaan Persekutuan, negeri dan swasta dalam memajukan sektor ekopelancongan serta memulihara kekayaan biodiversiti negara.

Perjanjian juga kata beliau, selari dengan Tindakan 7.1 Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 ke arah pembangunan bertanggungjawab dan lestari.

Kedudukan strategik dikelilingi Cyberjaya dan Putrajaya jelas Nik Nazmi, menjadikan PIW sesuai sebagai destinasi utama ekopelancongan yang kaya pelbagai khazanah alam memiliki kira-kira 235 spesies burung selain mamalia (63), reptilia (20), amfibia (10) dan ikan (14) di samping hampir 220 jenis tumbuhan dan herba. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya