Operasi padam kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula tamat petang ini

Operasi padam kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula tamat petang ini

ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran di tapak pengumpulan barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Operasi pemadaman kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dijangka tamat hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, walaupun operasi itu tamat pada petang ini namun pemantauan akan terus dijalankan di kawasan tersebut selepas ini.

Menurut beliau, pasukannya bomba memberi tumpuan di bahagian belakang kilang tersebut kerana masih ada asap di bawah timbunan sisa kebakaran.

“Sebuah jentera berat digunakan untuk mengorek sisa kebakaran yang masih ada tompokan asap.

“Dianggarkan lima peratus tompokan asap masih ada di beberapa bahagian belakang kilang tersebut setakat hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Alam Nasut berkata, seramai 18 orang anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran dan tompokan asap buat kali terakhir hari ini.

Media sebelum ini melaporkan,  penduduk di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini gempar selepas sebuah kilang barangan kitar semula musnah dalam kejadian kebakaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya