Operasi mencari tiga nelayan dikhuatiri hilang dibantu aset udara

Operasi mencari tiga nelayan dikhuatiri hilang dibantu aset udara

OP Carilamat tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas tidak pulang daripada menangkap ikan sejak Ahad lalu, diteruskan hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas tidak pulang dari menangkap ikan sejak Ahad lalu, dibantu sebuah aset udara, hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Muhammad Faisal Abdul Rahim berkata operasi yang bermula pukul 8 pagi ini diperluaskan hingga 840 batu persegi melibatkan pencarian di laut termasuk udara.

“Operasi hari ini melibatkan sebuah aset udara iaitu pesawat bombardier daripada Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta dua buah bot daripada APMM dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM).

“Kita akan membuat pencarian hingga perairan Kerteh dan Kuantan, Pahang dengan kekuatan kira-kira 25 anggota pasukan penyelamat” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata berkata, tiga nelayan iaitu Mokhtar Yusof,69, dan anaknya,Mohd. Syukri Mokhtar, 46, serta Mohd. Nasir Yusof, 46, yang merupakan adik kepada Mokhtar, dikhuatiri hilang selepas keluar ke laut untuk menangkap ikan dan mencandat sotong sejak ahad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya