Nur Anis Nadhira Samsudin Usahawan Kolej Komuniti 2024

Nur Anis Nadhira Samsudin terima Anugerah Usahawan Kolej Komuniti 2024

NUR Anis Nadhira Samsudin (tengah) bersama ibunya, Hasnah Harun dan Sareh Akmal Sareh Yusof (kanan) sempena Majlis Konvokesyen Zon Kedah dan Perlis 2024 berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Kedah dan Perlis 2024 melibatkan pelbagai kejayaan pelajarnya berlangsung dengan meraih di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Seorang pelajar, Nur Anis Nadhira Samsudin, 21, dari Kampung Sungai Senam daerah Sik dipilih menerima Anugerah Usahawan Kolej Komuniti 2024 setelah seramai 1,012 orang graduan hadir pada majlis itu.

Walaupun lahir dari keluarga B40, Nur Anis Nadhira kini mula menikmati kejayaan selepas mengambil bidang program Sijil Pemprosesan Makanan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sik melalui pensyarah dan mentornya, Sareh Akmal Sareh Yusof.

Ibunya, Hasnah Harun hanya mengambil upah bagi tempahan kuih dan tidak menjadi halangan kepada Anis Nadhira untuk terus berniaga dari semester 1 sehingga sekarang sehingga dapat memperoleh pendapatan RM6,000 sebulan.

“Berniaga boleh memberi pendapatan lumayan jika dikendalikan dengan baik. Tidak sangka lepas sertai pelbagai program keusahawanan di kolej komuniti, rezeki saya bertambah baik, termasuk jualan secara dalam talian dan perkhidmatan sewa rumah.

“Anugerah ini merupakan motivasi buat saya untuk terus mengejar impian dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Nur Anis Nadhira begitu aktif dalam pelbagai aktiviti keusahawanan di Kolej Komuniti Sik, termasuk penglibatan dalam SME 90 Days Challenge melalui produk berbola ikan iaitu V-Sikney Fishball dan membawa produk Soya Urna Empire kini masuk dalam pasaran di daerah Sik.

Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Rosli Idris menyampaikan anugerah tersebut kepadanya.

Rosli berkata, anugerah diberikan kepada pelajar yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam bidang keusahawanan, terutamanya melalui penglibatan aktif dalam inkubator pelajar dan terlibat dalam program penganjuran peringkat kolej sehingga di peringkat kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN