Nilai perubatan estetik negara dijangka cecah RM1.03 bilion

Nilai perubatan estetik negara dijangka cecah RM1.03 bilion

KO Chung Beng menyampaikan ucaptama dalam persidangan ADAMS 2024 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nilai sektor perubatan estetik di negara ini dijangka mencecah RM1.03 bilion menjelang tahun 2027 berbanding RM366.3 juta pada tahun 2022 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 18.8 peratus.

Trend tersebut menunjukkan peningkatan umum dalam perbelanjaan berkaitan perubatan estetik di negara ini sekaligus menunjukkan potensi baik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan sempena edisi ketiga Sidang Kemuncak Perubatan Estetik dan Dermatologi Asia (ADAMS) 2024 baru-baru ini, pasaran perubatan perubatan estetik global dinggarkan bernilai RM80.06 bilion pada tahun lalu dan dijangka berkembang sebanyak 12 peratus pada tahun ini sehingga 2032.

“Segmen bukan pembedahan dijangka mencapai nilai RM174.3 bilion menjelang tahun 2032 mencerminkan peralihan ketara kepada prosedur yang kurang invasif,” katanya.

Lebih 600 peserta terdiri doktor pakar dan pengamal perubatan estetik terlibat dalam penganjuran ADAMS 2024 bertemakan ‘SImfoni Kecantikan:Gabungan Sains & Seni.

Sebagai rekod, ADAMS 2024 dianjurkan oleh Ko Academy melibatkan pelbagai program termasuk forum dan perkongsian kertas kerja.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian Klinik Pakar Kulit Dr. Ko, Datuk Dr. Ko Chung Beng berkata, penganjuran itu juga dapat dijadikan sebagai medium untuk pengamal perubatan estetik berkongsi pengetahuan dan bertukar pandangan di peringkat global.

Selain itu katanya, penganjuran persidangan edisi ketiga ini juga dapat meningkatkan bidang dermatologi dan perubatan estetik di negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya