Nik Nazmi tinjau kawasan terjejas banjir kilat

Nik Nazmi tinjau kawasan terjejas banjir kilat

IHSAN laman media sosial X milik Nik Nazmi Nik Ahmad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad meninjau keadaan rumah warga Setiawangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Seksyen 5 dan 6 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Berkongsikan tinjauannya di laman sosial X, Nik Nazmi berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyelenggara kawasan yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Saya bergegas dari sidang Parlimen untuk meninjau keadaan rumah warga Setiawangsa yang terjejas akibat banjir kilat.

“Pihak DBKL sedang mengambil tindakan penyelenggaraan dengan segera dan pejabat Parlimen sedang mengatur mesyuarat tindakan menyeluruh untuk melihat kerja-kerja pembangunan di Bukit Dinding,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya