NGO jangan lupa bantu rakyat Malaysia juga - Johari

NGO jangan lupa bantu rakyat Malaysia juga – Johari

Johari Abdul Ghani menyaksikan Setiausaha Agung Mapim, Faris Hussain menyampaikan kotak bantuan asnaf kepada salah seorang penerima pada Program Jelajah Peduli Ummah di Marasatul Khairat, Desa Pandan, Kuala Lumpur, hari ini. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran memberi fokus kepada masyarakat tempatan juga dan bukan hanya membantu rakyat Palestin yang ditindas golongan Zionis.

Menurut Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, pertolongan di peringkat antarabangsa itu biar diuruskan oleh NGO dan badan-badan korporat besar lain.

“Untuk pengetahuan, di sini ada banyak masjid dan surau. jangan takut kalau kehabisan (barangan bantuan) jika hantar ke sini. Sebelum hantar ke Palestin, hantar kepada masyarakat kita dahulu. 

“Biarlah NGO yang besar dan syarikat-syarikat besar yang buat. kalau nak ‘underground’, kita ada di sini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah di Flat Desa Pandan, di sini, hari ini.

Seramai 210 golongan asnaf, pesakit dan individu telah menerima kotak bantuan sumbangan yang dihantar hingga ke pintu rumah.

Selain itu, Johari turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kerana memberikan bantuan di kawasannya.

“Saya nak ucapkan banyak terima kasih kerana banyak NGO yang telah datang ke kawasan ini.

“Untuk sampaikan bantuan, hanya datang kepada saya kerana saya sudah mempunyai senarai orang yang layak menerima,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa wakil rakyat haruslah sentiasa bergerak bersama NGO untuk berkhidmatan dalam masyarakat.

Katanya, NGO merupakan sebuah badan yang mudah untuk mendapatkan bantuan serta menerima bantuan khusunya daripada entiti yang mahu menyumbang tanpa berpolitik.

“Kami sebagai pengantara, jika mereka nak orang susah atau asnaf, kami sudah senaraikan penerimanya. Orang yang menerima pada hari ini sememangnya orang yang sudah kami tapis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya