Netizen sebak, Fattah Amin masih sarung cincin kahwin - Utusan Malaysia

Netizen sebak, Fattah Amin masih sarung cincin kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejak kembali bergelar solo, setiap tindak tanduk pelakon, Fattah Amin kerap menjadi perhatian dalam kalangan warganet.

Terbaharu, Fattah kelihatan sugul ketika makan bersendirian sambil bermain telefon bimbit di sebuah restoran menerusi sebuah hantaran video yang tular di platform TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Fattah juga kelihatan masih menyarungkan cincin perkahwinannya bersama aktres, Nur Fazura sekali gus mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Biarpun sudah berpisah pada Isnin lalu, rata-rata netizen mendakwa pelakon itu masih menyayangi bekas isterinya, Fazura kerana tetap memakai cincin perkahwinan mereka.

Malah, ada segelintir mereka masih berharap agar Fattah rujuk semula dengan pelakon filem Pisau Cukur itu.

“Lelaki kalau masih pakai cincin kahwin, itu bermakna dia masih sayangkan isteri dan perkahwinan itu. Kalau dia tak sayang, dah lama dia tak pakai cincin itu kecuali hilang,” komen seorang netizen.

“Sepinya seorang lelaki bila dirinya dibuat seperti tak berharga langsung tapi mungkin ada kebenarannya,” kata seorang lagi netizen.

“Hantarlah video ini dekat Fazura. Maklumkan dia Fattah masih pakai cincin kahwin maknanya dia masih sayangkan perkahwinan mereka. Fazura, Fattah masih pakai cincin kahwin. Dia masih sayangkan awak dan Fatima,” kata seorang netizen.

“Fattah tak nak rujuk ke isteri awak ini?,” soal netizen.

Pada Isnin lalu, Fattah dan Fazura telah disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Rumah tangga Fattah dan Fazura sebelum ini menjadi sorotan ramai selepas aktres itu mendedahkan bekas suaminya berlaku curang, culas memberi nafkah dan tiada kesefahaman.

Namun, Fattah menafikan kenyataan Fazura yang mendakwa dirinya curang dan tidak memberi nafkah kepadanya dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah perkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN