KUALA LUMPUR: Penampilan pelakon, Nelydia Senrose sering menjadi sorotan memandangkan sudah beberapa kali dilihat tidak mengenakan hijab atau tudung.
Seolah tidak lagi berselindung, Nelydia yang mempamerkan rambutnya ketika hadir di majlis pendedahan jantina atau ‘gender reveal’ cahaya mata adiknya, Raysha Rizrose turut mencuri perhatian.
Di majlis tersebut, Nelydia turut dilihat gembira meraikan adiknya, Raysha yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Momen tersebut telah dikongsikan oleh sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose ketika memuat naik foto mereka bersama Uqasha Senrose, Nadiyah Shahab dan Ben Ali di Instagram Story.
Terdahulu, Nelydia yang sudah mengenakan tudung sejak awal tahun 2022 kerap menerima kecaman netizen selepas beberapa kali tular videonya yang tampil ‘free hair’.
Nelydia bagaimanapun dilihat tenang dan lebih selesa mengunci mukut setiap kali menerima kritikan mengenai penampilannya itu.
Sekadar info, Nelydia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019. -UTUSAN