Nelayan harap kerajaan kawal harga peralatan

Nelayan harap kerajaan kawal harga peralatan, pengaruhi harga pasaran ikan

ZAKARIA Ibrahim (tiga dari kiri) bersama beberapa rakan nelayan membersihkan pukat selepas pulang dari laut di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis, Perlis, semalam. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan diharap dapat mengawal harga peralatan nelayan yang dibimbangi berlaku kenaikan retentan pengumuman penyasaran subsidi petrol bermula pertengahan tahun depan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis, Asri Jab berkata, golongan nelayan me­nyambut baik intipati Belanjawan 2025 baru-baru ini namun pe­ngumuman penyasaran petrol itu dibimbangi mendorong kepada kenaikan harga peralatan bagi menangkap ikan.

Katanya, sekiranya harga pe­ralatan tidak dikawal dan berlaku kenaikan, perkembangan itu akan mempengaruhi harga pasaran ikan selepas ini.

“Disebabkan itu kami para nelayan mengharapkan agar harga peralatan menangkap ikan seperti pukat, enjin dan lain-lain dapat dikawal dengan sebaiknya bagi mengelakkan kenaikan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan bercadang melaksana penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun hadapan.

Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM2.78 bilion sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan iaitu meningkat berbanding RM2.6 bilion tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan akan dinaikkan kepada RM84,000 berbanding RM56,000 di Semenanjung.

Katanya, bantuan diesel juga dikekalkan untuk nelayan dalam memenuhi keperluan sebenar komuniti kecil ini yang memberi sumbangan besar kepada agenda keterjaminan makanan.

Sementara itu, seorang nelayan, Zekri Ali, 49, berkata, inisiatif kerajaan mengekalkan subsidi diesel buat para nelayan sememangnya amat membantu khususnya dalam mendepani cabaran kenaikan harga barangan pada ketika ini.

“Pemberian subsidi ini sememangnya perlu dikekalkan kerana harga peralatan menangkap ikan juga semakin meningkat malah hasil tangkapan kami juga tidak menentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya