Nelayan beri alasan ambil dadah untuk hilang tekanan di laut - Utusan Malaysia

Nelayan beri alasan ambil dadah untuk hilang tekanan di laut

SEBAHAGIAN daripada nelayan yang ditahan dalam Operasi Khas di Jeti LKIM Besut, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seramai tujuh nelayan ditahan  selepas didapati positif dadah dalam Operasi Khas  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut,  hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid

berkata, dua daripada nelayan tersebut merupakan warganegara tempatan dan lima warga asing. 

Menurutnya, mereka berusia antara 35 hingga 48 tahun.

“Berdasarkan hasil ujian saringan air kenciing terhadap 23 nelayan didapati tujuh daripadanya positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Beliau memberitahu, nelayan yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

“Kebanyakan mereka menggunakan alasan mengambil dadah bagi menghilangkan rasa

tekanan ketika berada di tengah laut dan  memberikan tenaga ketika bekerja. 

“Dua nelayan tempatan yang ditahan diserahkan kepada AADK untuk siasatan lanjut, manakala nelayan asing yang positif diserahkan kepada pegawai penyiasat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya