Nelayan bawa pemancing kena ada insurans

Nelayan bawa pemancing kena ada insurans

Insurans nelayan
NORAZLEY Yahya mengadakan pertemuan dengan agensi terlibat dan nelayan bagi membincangkan isu itu di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Nelayan yang membawa pemancing ke laut diminta mendapatkan perlindungan insurans terlebih dulu bagi memudahkan urusan permohonan lesen dan surat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya berkata, tanpa perlindungan itu, permohonan nelayan untuk memperoleh lesen ditolak serta merta.

Menurutnya, perlindungan insurans itu penting bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika berada di laut.

“Kita berharap nelayan dapat mematuhi syarat ditetapkan berikutan terdapat banyak kes melibatkan kemalangan di laut.

“Pemilikan insurans ini perlu dibuat bagi mengelak kejadian seperti pemancing jatuh laut, berlaku tumpahan minyak, pelanggaran bot dan beberapa perkara lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau menambah, maklumat mengenai perkara itu diperoleh selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Perikanan dan wakil nelayan di daerah ini semalam.

“Saya menerima banyak rungutan daripada nelayan pesisir pantai sekitar Kuala Selangor yang mendakwa sukar mendapatkan lesen bot memancing sejak 2021.

“Nelayan memaklumkan turut pernah ditahan pihak berkuasa akibat tiada lesen bot memancing sekali gus merungsingkan mereka yang mahu menambah sumber pendapatan berikutan hasil laut tidak menentu,” ujarnya.

Justeru, kata Noorazley lagi, semua nelayan dinasihatkan terus mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Terdapat beberapa syarat lain juga wajib dipatuhi bagi membolehkan mereka mendapatkan surat kebenaran atau lesen bot memancing.

“Syarat itu termasuk tekong bot wajib memiliki sijil kompetensi dan mematuhi garis panduan seperti pemajakan jaket keselamatan serta kapasiti bilangan pemancing dalam bot mengikut jumlah dibenarkan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya