Negara-negara ASEAN, China runding COC elak ketegangan 

 Negara-negara ASEAN, China runding COC elak ketegangan 

MOHAMAD ALAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sedang dirunding negara-negara ASEAN bersama China bagi mengelakkan ketegangan di perairan itu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, COC dilihat sebagai satu tatacara bagi mengelak konflik dan ketegangan di Laut China Selatan. 

Kata beliau, ia adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. 

“Buat masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan  COC di Laut China Selatan.

“Untuk tahun 2024, rundingan COC diadakan sebanyak empat kali iaitu di Bali, Indonesia pada Mac; Bangkok, Thailand pada Mei dan yang terkini telah diadakan di Xi’an, China pada September lalu.. 

“Satu lagi pusingan rundingan COC ini diadakan di Vientiane, Laos pada bulan depan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang meminta cadangan penyelesaian ketegangan di Laut China Selatan antara China dengan Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei serta Taiwan dan apakah Malaysia boleh menjadi pemudah cara untuk menyelesaikan pertikaian ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya