Negara kurang maklumat punca perubahan iklim - Utusan Malaysia

Negara kurang maklumat punca perubahan iklim

Masalah kekurangan data dan maklumat menjadikan pelaksanaan perubahan iklim sebagai agenda nasional sukar untuk dilakukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masalah kekurangan data dan maklumat menjadikan pelaksanaan perubahan iklim sebagai agenda nasional sukar untuk dilakukan walaupun dasar itu sudah ada.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, melalui Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan yang disediakan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, sebahagian agenda berkaitan perubahan iklim sudah dilakukan dengan lengkap.

“Kita tidak mempunyai data, kalau ada data, kita tidak gunakan dan ditafsirkan dengan baik.

“Misalnya isu banjir kilat di Kuala Lumpur, sejauh mana maklumat curahan hujan dan laluan air untuk ke sungai dan seterusnya ke laut.

“Isu air pasang besar dan laluan air melalui longkang, parit, sungai pada masa hujan lebat diambil kira? Kita tidak ada maklumat yang lengkap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, walaupun Malaysia menghasilkan hanya 0.8 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia, negara ini sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Yusoff Ishak berkata, masalah komunikasi antara setiap kementerian perlu diselesaikan supaya pelaksanaan melibatkan langkah mitigasi banjir dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Komunikasi yang efektif diperlukan agar setiap kementerian memahami peranan masing-masing dan dapat bekerjasama dengan lebih lancar.

“Di Malaysia, isu ini secara umumnya berada di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Namun, untuk memastikan keberkesanan usaha menangani perubahan iklim, ia memerlukan kerjasama yang erat antara pelbagai kementerian lain yang turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar-dasar berkaitan perubahan iklim,” katanya.

Tambahnya, dengan komunikasi yang berkesan, setiap kementerian dapat menyelaraskan tindakan dalam mengurangkan kesan perubahan iklim seperti masalah banjir kilat yang sering melanda negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya