Nasiruddin, pengurusan GISBH tiba di Mahkamah Selayang

Nasiruddin, pengurusan tertinggi GISBH tiba di Mahkamah Selayang berdepan tuduhan terlibat Kumpulan Jenayah Terancang

Nasiruddin Mohd Ali antara 22 individu yang melibatkan 13 lelaki, sembilan perempuan tiba di Mahkamah Selayang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali tiba di Mahkamah Selayang untuk dituduh di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu menjadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang.

Selain Datuk Nasiruddin, turut dituduh di bawah seksyen sama iaitu isterinya Azura Md Yusof.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pertuduhan itu dibuat selepas kertas siasatan itu telah dirujuk dan ditaklimatkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pada 16 Oktober lalu,Nasiruddin antara 16 individu yang ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zin berkata, sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu 58 individu ditahan di bawah SOSMA termasuk 16 orang yang merupakan pengurusan tertinggi GISBH.

Mereka antara 415 individu yang ditahan dalam Op Global hingga fasa keempat

Selain itu, seramai 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya