Nama persis isteri Rasulullah punca Siti Khadijah bebas kontroversi - Utusan Malaysia

Nama persis isteri Rasulullah punca Siti Khadijah bebas kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sebenarnya berat untuk saya kekalkan nama itu.”

Demikian kata pelakon jelita, Siti Khadijah yang mengakui enggan mencetuskan kontroversi demi menjaga kesucian nama isteri Rasulullah.

Menurut Siti, dia sering menitikberatkan pemakaian, perwatakan dan perbuatannya kerana tidak mahu perilakunya disalah anggap oleh sesetengah pihak demi melindungi kemurnian nama tersebut.

“Saya suka nama saya dan saya tak pernah malu dengan nama saya. Saya juga tak peduli orang kata nama saya, nama kampung.

“Saya paling risau orang kata nama macam isteri Nabi tapi perangai macam ini. Itu yang saya cuba elakkan. Jadi, saya cuba jauhkan nama saya dari kontroversi, terpalit dengan apa-apa.

“Saya seboleh mungkin saya cuba elakkan terutamanya dengan menjaga pemakaian saya. Saya juga kena jaga perwatakan supaya tenang sikit,” katanya.

Tambah pelakon drama Wanita Syurga itu, dia selesa mencipta namanya secara perlahan dan tidak menggunakan sebarang kontroversi untuk meraih populariti.

“Sebenarnya, yang baik bolehlah contohi daripada saya. Yang jahat, jangan. Saya rasa itu pilihan masing-masing kalau nak ambil jalan pintas untuk populariti, terpulang.

“Tapi bagi saya, saya nak kekal lama dalam industri saya cuba jaga hubungan baik dengan semua orang. Jadi saya tak nak calarkan periuk nasi sendiri,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Siti sekali lagi muncul menerusi drama bersiri, From Saga With Love musim kedua yang sudah ditayangkan di platform Viu Original pada 17 Oktober lalu.

Selain Siti, drama 10 episode itu turut menampilkan Ikmal Amry, Fimie Don, Sophia Albarakbah dan Hun Haqeem. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN