Najib tiada apa untuk disembunyikan - Peguam

Najib tiada apa untuk disembunyikan – Peguam

Muhammad Shafee Abdullah pada sidang akhbar selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak diperintah untuk membela diri 2 Disember ini, membabitkan 25 pertuduhan - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan anak guamnya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan sedia disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Peguam terbabit didengar berkata demikian selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) meminta jurubahasa mahkamah untuk menerangkan pilihan yang diberikan kepada Najib selepas diperintah membela diri atas 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tiga pilihan tersebut ialah memberi keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi dan akan disoal balas oleh pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas manakala yang terakhir ialah berdiam diri.

Najib memilih pilihan yang pertama.

Prosiding peringkat bela diri ditetapkan selama 97 hari dan akan bermula pada 2 Disember ini. Sekiranya diperlukan, tempoh prosiding bela diri itu boleh dipanjangkan.

Dalam tempoh itu juga, Najib boleh memanggil seberapa ramai saksi untuk menyokong pembelaannya. Pihak pembelaan juga boleh memanggil mana-mana saksi yang sebelum ini ditawarkan oleh pendakwaan.

Pada prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan menawarkan seramai 49 saksi kepada pembelaan termasuk Muhammad Shafee.

Tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan peringkat bela diri ialah 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember 2024.

Bagi tahun hadapan, perbicaraan peringkat bela diri ditetapkan pada 6 hingga 10, 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 Januari; 10 hingga 14, 17 hingga 21 dan 24 hingga 28 Februari; 3 hingga 5, 10 hingga 13 dan 24 hingga 28 Mac; 7 hingga 10, 15 hingga 17 dan 21 hingga 24 April; 5 hingga 9 Mei; 16 hingga 20 Jun; 5 hingga 8 dan 18 hingga 22 Ogos; 8 hingga 12 September, 6 hingga 10 Oktober dan 3 hingga 7 November. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya